KAUNTER EWEIN YANG MENARIK UNTUK SHORT TERM TRADING

 Boleh jeling-jeling

NAMPAK POTENSI UNTUK KAUNTER EWEIN NI by pijohase on TradingView.com


Pelaburan: Peluang Pendapatan Berlipat Kali Ganda?

Pastinya kita pernah terfikir bagaimana untuk tambah pendapatan sampingan disamping gaji yang tidak seberapa untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, lebih-lebih lagi di zaman covid ini. Bercakap mengenai pelaburan, semestinya kita mengharapkan keuntungan dari pelaburan kita itu. Pepatah " Jangan Bekerja Untuk Duit tetapi Biarkan Duit Bekerja Untuk Anda" merupakan kata-kata hikmah yang kita boleh gunakan untuk meneruskan pelaburan ini.


Di Malaysia pelbagai instrumen pelaburan yang boleh kita laburkan atau leburkan modal yang kita ada hahaha. Maka di zaman kesukaran ini maka timbullah pelbagai skim cepat kayap dan meragukan yang membolehkan duit anda bakal dileburkan olah scammer-scammer yang sangat bijak dalam memanipulasi fikiran anda.

Perkara pertama yang menjadi rujukan dalam pelaburan di Malaysia adalah dengan menyemak laman web Bank Negara Malaysia atau membuat semakan di Google syarikat tersebut dan jangan membabi-buta menyerahkan duit yang susah payah kita kumpulkan kepada scammer.

Ok seterusnya, kita kenal pasti risiko yang ada bagi setiap instrumen pelaburan yang kita masuk. Satu perkara yang kita kena fahami dalam pelaburan ini adalah keuntungan tinggi datang bersama risiko yang tinggi (High Risk, High Return), manakala keuntungan rendah, datang bersama risiko yang rendah (Low Risk, Low Return). Boleh lihat lukisan dibawah ini untuk pemahaman yang lebih lanjut.
Semakin tinggi kadar untung, semakin tinggi risiko yang perlu kita tanggung. Mungkin kebanyakan kita sekurang-kurangnya pernah melabur dalam salah satu instrumen diatas contohnya Amanah Saham Bumiputra atau Tabung Haji, Emas dan Hartanah. 

Anggaran Kadar Keuntungan:

i. Deposit Tetap (Fix Deposit) - 3 - 5% tahunan
ii. ASB/ Tabung Haji - 5 - 8% tahunan
iii. Emas/ Hartanah - 10 - 18% tahunan
iv. Unit Trust - 15 - 25%
v. Saham/Bitcoin - 40%
vi. Forex - 70% 

Jika kita ni jenis yang nak pelaburan yang tenang dan selamat bolehlah pilih pelaburan i, ii dan iii. Jika jenis suka mengkaji dan melihat chart maka bolehlah melabur dalam pelaburan v dan vi. Cuma admin cadangkan elakkan la pelaburan forex sebab pelaburan ini tidak patuh shariah dan tiada lesen dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  

Admin pun baru berjinak-jinak dengan pelaburan saham, sejak covid melanda Malaysia ni. Banyak peluang yang boleh kita dapat dengan pelaburan saham ni. Lately, banyak iklan-iklan berkenaan pelaburan saham yang mungkin kita kedengaran " Tak Hensem Xpe Janji Kaya" hahaha... pelaburan dengan RM10 anda boleh melabur dan untung...Kadang2 nak tergelak pun ada, tidak semudah itu untuk mendapat keuntungan yang di sebut-sebutkan. 

Perlu laburkan duit pada ilmu, masa dan tenaga yang banyak dalam untuk memahami saham itu sendiri dan yang penting pelaburan saham ini tak semua orang boleh renangi dan tempuhi disebabkan saham itu satu mainan psikologi manusia. Perkataan terciduk, puncak bahagia, puncak kasih, puncak kayangan amat biasa dikalangan pelabur saham. Cuma perlu diingat walaupun dalam keadaan kerugian duit anda tidak akan lebur selagi anda tidak menjual saham tersebut dan syarikat tersebut masih tersenarai di Bursa Malaysia. 

Sampai disini dahulu coretan admin. Mungkin lepas ni banyak entri admin berkisar dengan pelaburan saham. Mungkin lepas ni entri Psikologi  Dalam Bersaham.

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442/2021


Pendaftaran Pengundi Atas Talian – Rakyat Malaysia Boleh Mendaftar Bermula Hari Ini

Hi dan Salam semua netizen..

Harini Abg Zul nk kongsi berkaitan dengan masa depan negara kita. Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan umur rakyat Malaysia yang berhak mengundi diturunkan kepada umur 18 tahun. Oleh itu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mengumumkan mereka telah membuka laman web untuk pendaftaran pengundi. Laman web boleh diakses bermula harini dinamakan MySPR Daftar.   

Boleh Klik Link ni jika ingin mendaftar



MySPR Daftar boleh digunakan untuk:

  • Pendaftaran Baru
  • Kemaskini maklumat alamat pengundi
Pendaftaran dengan MySPR Daftar amat mudah. Hanya 3 langkah mudah seperti dibawah:



Pemohon dinasihatkan untuk menyediakan maklumat seperti:
  1. Alamat emel - untuk pengesahan akaun pengguna, pastikan menggunakan alamat emel yang aktif.
  2. Gambar/Imbasan My Kad size 500kb - perlu dimuat naik masa daftar
  3. Swafoto dengan My Kad size 500kb - perlu dimuat naik masa daftar

Maklumat yang perlu diisi oleh pemohon:


Contoh gambar yang boleh dimuat naik:

Dengan kemajuan teknologi, maka kita boleh memanfaatkan teknologi yang ada dan memudahkan lagi pengurusan pengundian. Di harap entri kali ini sedikit sebanyak dapat membantu pengundi baru di luar sana. 

Sekadar catatan untuk diri sendiri......



Cara Buat Insuran Kereta Online dan Dapat 10% Diskaun

Pada bulan ni tibalah masa untuk habiskan duit untuk bayar insuran kereta, entri kali ini admin berkongsi cara untuk buat insruran secara online dan yang bestnya dapat 10% diskaun....Yela pada zaman sekarang ni kita perlu bijak untuk menyelamatkan wang kita hihihi.

Mesti semua tak sabar untuk tahu kan....ok saya mulakan dengan laman web yang menawarkan pembelian insuran dan diskaun 10%.

Langkah 1: Sila ke laman web www.motortakaful.com , boleh klik pada link yang diberikan. Maka paparan laman web adalah seperti gambar dibawah.


Langkah 2: Klik pada butang warna merah tu "START", pada paparan ini boleh pilih nak bahasa melayu atau english. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan nilai NCD pada tahun ini. Dan klik pada CONFIRM NCD.


Langkah 3: Setelah click CONFIRM NCD, ia akan memaparkan nilai NCD pada tahun semasa. Seterusnya klik butang SUBMIT untuk langkah seterusnya.


Langkah 4: Isikan maklumat pada Quotation

Isikan maklumat diri dengan lengkap.

Bahagian ini anda perlu mengisi maklumat berkenaan kenderaan, untuk mendapatkan harga 
kereta, isikan maklumat kenderaan anda dan klik pada CHECK MARKET VALUE.

Pilih yang mana satu kenderaan yang anda hendak insurankan. Pastikan kenderaan yang 
dipilih betul supaya tiada masalah pada masa kemudian nanti.

Isikan Total Sum Covered. Perhatian kotak hitam dalam gambar ini, total sum covered perlulah 
diisi dalam julat yang dibenarkan sahaja. 

Part ini adalah optional untuk cover insuran nyawa.

Part ini untuk additional coverage seperti windscreen, banjir dan macam-macam lagi. Kalau anda ini perlindungan maksimum boleh la tick ye. Saya cuma nak highlightkan Numbers of Drivers. Isikan siapa driver kedua kereta yang anda hendak insurankan contohya boleh letak isteri, suami, adik atau sebagainya. Pengisian driver kedua adalah percuma dan driver ketiga dan seterusnya akan dikenakan cas RM10....hihi (Buat duit aje diorang ni kan.

 Ok latew diskaun walaupun sikit. hihihi

Bahagian ini akan menyatakan ringkasan jumlah yang perlu dibayar. Jika berpuas hati klik 
butang SUBMIT.

Langkah 5: Kita berada pada ruang pengesahan, ia akan memaparkan segala maklumat yang dimasukkan dan dipersetujui. Semak semua maklumat dan jika inginkan pembetulan klik pada RE-EDIT dan jika berpuas hati, tick pada ruang seperti dalam gambar dibawah dan klik I AGREE.


Langkah 6: Kita perlu membuat pembayaran. Bayaran boleh dibuat dengan perbagai kaedah. Saya akan tunjukkan kaedah menggunakan Online Banking Maybank2u.




Saya akan gunakan Maybank2U. Klik pada butang PROCEED TO PAY untuk meneruskan operasi pembayaran. Pastikan anda turn off dulu Popup Blocker, kalau tidak paparan seperti dibawah
 akan terkeluar.

Jika sudah turn off Pop-up blocker maka skrin pembayaran Maybak2U akan dipaparkan seperti gambar dibawah.

Masukkan Username dan klik NEXT, serta Password Maybank2U anda juga klik NEXT. Jika berjaya paparan pengesahan untuk membuat pembayaran akan dipaparkan.


Click CONTINUE untuk membuat pembayaran. Jika pembayaran berjaya skrin ini akan dipaparkan.

Boleh print transaksi ini sebagi bukti. Setelah pembayaran selesai, anda kan diberitahu Succesful Transaction!. 
Anda boleh download certificate dan print sijil tersebut.

Langkah 7: Anda dah boleh buat road tax melalui MyEG atau pergi ke pejabat pos berhampiran untuk membuat road tax.

Ok, dah selesai bagaimana untuk membuat insuran dengan diskaun 10%, sebenarnya mudah je. hihi. Kalau anda buat dengan ejen 10% ini akan diambil oleh ejen tersebut sebagai komisen. Tapi saya ingin ingatkan pastikan kelajuan internet anda stabil supaya proses pembayaran lancar dan memberikan pengalaman yang baik semasa pembayaran online dibuat.

Semoga bermanfaat.

Sekian



5 Cara Buat Duit Dengan Selamber



Tahun 2017 dah semakin hampir. Ekonomi tahun 2017 memang betul-betul mencabar, zaman semua harga barang naik, ringgit Malaysia yang semakin mengecil di samping Geng Songkok Tinggi(GST)..hihi yang tak habis-habis menekan bajet admin.

Bak kata orang tua-tua "sediakan payung sebelum hujan"…kita semua mesti ada plan A, plan B, Plan C untuk mencari jalan dalam membantu family menempuh zaman yang begitu mencabar dan menyeramkan hihihi..semua berpeluang untuk mencuba cara yang akan diterangkan nanti, sekurang-kurangnya dapat kurangkan beban cik somi ke cik istri ke ibubapa ke dan sesiapa sahaja. cara yang akan dikongsi oleh admin

Adakah anda suri rumah? Surarumah? Pak Guard? Mak Guard? Student?. Semua boleh ambil manfaat dari entri ini, entri kali ini admin akan berkongsi 5 cara yang boleh kita lakukan untuk menambahkan pendapatan dalam rumah.

#1 E-Book

E-Book…hurmmm..apa benda ni? Tapi macam pernah tengok. Ye, kalau kita biasa melayari internet dan kadang-kadang terserempak dengan iklan orang menjual buku tetapi secara online. Ini dinamakan e-book, buku elektronik yang tak perlu kepada proses percetakan, dan penghasilannya hanya memerlukan sebuah komputer untuk menaip dan sedikit kepakaran ICT. Kita akan dapat menghasilkan e-book ni.

Admin beranggapan kita kearah tahun 2020 ni semua dah ada komputer and biasa guna komputer ye.hihihi. Gunakan kepakaran anda untuk menghasilkan e-book ini. InsyaAllah, admin boleh bantu dari segi kepakaran ICT.

Apa yang anda hanya perlukan adalah kepakaran atau kemahiran yang anda ada, contohnya anda pakar dalam memasak, gunakan kepakaran anda untuk hasilkan buku panduan memasak ke atau buku resepi ke. Atau anda pakar dalam bidang kraftangan, anda boleh hasilkan buku berkenaan kraftangan. Penghasilannya sangat simple hanya taip guna Microsoft Word and convert kepada fail PDF. Pastikan karya adalah asli dan tulen, boleh rujuk e-book yang dah ada sebagai panduan dalam penulisan.

Anda boleh jual secara online guna facebook atau bagi iklankan kepada rakan-rakan anda, gunakan telefon pintar untuk menjana pendapatan anda. Cuba bayangkan anda menjual 10 unit sebulan dengan harga RM30, tak ke dah dapat RM300 sebulan. Kalau 100 unit bayangkan berapa yang anda kan dapat. Cuma nasihat admin, kenyataan tak seindah angan-angan hihi. Dan yang penting jangan patah semangat.

Ni sy nk kongsi tips skit cmne nk buat org terpaksa membeli ebook tu.

1) Paling penting! Jgn syok sendiri.

2) Fikir apa yg orang nak ( Buat survey, research dulu)

3) Fikir apa yg orang suka..

4) Fikir apa yg orang takut..

5) Fikir apa sebab mereka perlu beli

Yang lain-lain boleh tanya pakcik Google.

Ini baru cara yang pertama, ada 4 lagi cara yang akan dikongsi oleh admin.


#2 DVD (VIDEO)

Cara ke-2 adalah dengan Video…katakan anda malas nak menaip jadi video adalah solusinya. Penghasilan video lebih cepat, simple dan eksklusif. Untuk nampak eksklusif perlu ada cara dan boleh dirujuk pada laman Youtube. Penghasilan video tidak perlu sebarang kos ( Jika dah ada kamera atau telefon pintar dengan kamera yang baik la..hihihi) biasanya dalam format MPEG,FLV atau MP4. Admin sarankan hasilkan video secara digital dahulu, iaitu orang lain boleh download video kita dan bukan secara fizikal dengan menghasilkan DVD. Untuk way forward bolehlah bakar dalam DVD hihihi.

Jadi banyak benda yang boleh dibuat dengan video ini…Antaranya:-

Buat video untuk berkongsi tip-tip yang berharga, boleh rujuk Youtube untuk video-video yang memiliki jumlah tontonan yang tinggi dan berkualiti serta reproduce dalam Bahasa Melayu, banyakkan content dalam Bahasa Melayu sebab target market kat Malaysia.
Buat tutorial step by step…contohnya anda mahir dalam editing photo atau video, hasilkan video step by step untuk edit tersebut. Jika anda seorang pakar dalam membuat kek, hasilkan video penghasilannya.

Anda pandai menjahit, hasilkan video menghasilkan jahitan sehelai baju rung atau baju melayu.
Anda pandai memancing, hasilkan tips-tips umpan, cara pilih joran, tempat memancing, pengalaman memancing. Jadikan hobi anda satu bisnes. Anda pandai photoshop, boleh hasilkan video penggunaan photoshop juga boleh sertakan sekali freegift templat yang anda hasilkan.

Sebenarnya banyak lagi kepakaran yang kita ada yang boleh menjana pendapatan yang lumayan. Penghasilan video yang kreatif boleh jadi viral dan memberi peluang pada kita dari segi strategi pemasaran.

Mesti tertanya-tanya, berapa range harga untuk video yang dijual? Dah tentu value untuk video lebih tinggi. Harga berdasarkan jenis video samaada dalam bentuk digital atau fizikal. Senang cerita harga dalam lingkungan RM100-RM200. Harga berdasarkan kualiti video, persembahan dan jenis content yang dihasilkan. Cuba bayangkan jika harga satu video RM100 dan sebulan dapat jual 10 video, income tambahan dah RM1000 sebulan.hihihi

Video yang dihasilkan untuk permulaan ini boleh diletakkan pada cloud storage, contohnya Dropbox, Google Drive dan lain-lain secara private. Bila dah ada pembeli, berikan share link secara private kepada pembeli. Jadi pembeli boleh download video tersebut.

Amacam dengan cara yang kedua ni? Ohsem? Anda dah boleh mula dengan storyline, flow video yang akan dihasilkan, banyak belajar dengan pakcik google, and jangan putus asa. Rezeki tak ke mana jika ia milik anda.

p/s: Orang sekarang ni suka tengok video dari membaca..hihihi


#3 SERVIS

Anda ada bakat terpendam? ye bakat anda, cuba anda cari bakat anda? Anda boleh jadikan bakat anda sebagai modal untuk menjana income yang ribu-ribuan..hihihi. Daripada bakat anda itu boleh dijadikan servis kepada orang yang memerlukan. Kebiasaannya boleh dimulakan secara kecil-kecilan dahulu, selepas itu kembangkannya sehingga tahap yang anda inginkan.

Ada beberapa contoh yang admin dapat hasil dari pembacaan di internet tentang kejayaan dalam menggunakan bakat untuk menghasilkan pendapatan.

Contoh 1:

Pemilik GARSA KITCHEN, dia memang suka memasak! Apa yang dia buat? Dia buat roti, lepas tu bagi orang rasa.. bagi sedara mara dia.. time ada kenduri dia sukarela buat.. Tiba-tiba orang mula tanya.. Dari situ orang mula order.. Kata nak bawak g ofis la, nak bagi anak g sekolahlah.. ada permintaan! Mula dr minat je..dr family sendiri je.. Terus sekarang berkembang sehingga ada lebih 15staff klu x silap.. Ada kilang sendiri.

Contoh 2:

Kepakaran dalam menulis, dia boleh buat copywriting, suka menulis.. dia jual bakat dia! Ramai yang nak kan servis dia, sampai tak cukup tangan! sebab apa? Sebab ramai orang malas nak menulis.. ramai orang xde idea, xtahu apa nak menulis, xtahu bagaimana nak buat ayat yang beremosi.. Jadi, dia sediakan servis tu.. Itu kepakarannya.

Contoh 3:

Kepakaran menjahit, ni ada lagi sorang surirumah, beliau ada kepakaran untuk menjahit pakaian dan tudung.. Dia beli satu mesin jahit, kemudian letak kat rumah, pastu dia buat la baju ke jubah ke tudung ke, yang memang custom made untuk satu family, ada anak kecil, anak besar, mak budak dan bapak budak.. Memang eksklusif.. Dia jual servis dia, bakat dia.. Mula dr kecik, kemudian semakin membesar…

Contoh 4:

Kepakaran fotografi, mula-mula hanya hobi mengambil gambar, bila dah semakin mahir dan sudah banyak teknik-teknik yang dipelajari, beliau jadikan perkahwinan family sebagai training untuk mendapatkan shot yang menarik dan beliau melangkah dengan lebih jauh dengan mengambil tempahan jurugambar perkahwinan sehingga tak cukup tangan… Rata-rata harga untuk satu sesi fotografi sekarang mahal..

Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh yang boleh diperolehi diluar sana, bak kata pepatah "kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Tak perlu bajet yang besar, mulakan dari apa yang kita ada. "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit"


#4 DROPSHIP

Dropship….ye, sekarang tengah hot, cara paling simple untuk jana pendapatan sampingan. Perlu sedikit kajian dan survey tentang produk yang kita nak jadi dropship tu dan sebaiknya produk yang kita ada pengetahuan sedikit dan minat. Kita ni macam orang tengah la. Keuntungan dengan komisen jualan.

Kenapa kita perlu buat dropship?

  1. Tak perlu keluar kos untuk dapatkan produk.. 
  2. Tak perlu keluarkan kos marketing unutk branding produk. Owner dah buat kan. Kita boleh terus jual. 
  3. Mengurangkan risiko. 
  4. Tidak perlu modal besar untuk permulaan. 
  5. Tak perlu pening kepala fikir soal stok nak simpan mana. 
  6. Tak perlu pening kepala fikir hal production. 
  7. Tak perlu fikirkan camne nak up lagi produk tersebut. 
  8. Tak perlu serabut pikir nak buat penghantaran, sebab kita just ambik order dah serahkan semua kepada owner. 
Banyak produk di dalam pasaran sekarang yang dah banyak agen and dah kuat, jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan semua orang dah tahu seperti DeXandra, Mamadil, Dianpixy, produk pakaian dan macam-macam lagi. Nak tak nak jer. Dah jumpa produk yang sesuai lepas tu fikirkan sapa yang perlu produk tersebut, buat la SWOT analisis sikit tentang produk tersebut ( SWOT tu google sendiri ye.hihi.).

Ok, camne nak promote? Admin cadangkan, mulakan dengan menjual pada orang yang terdekat gunakan aplikasi sosial sebagai medium pemasaran facebook, instagram, whatsapp. Rasanya tidak mustahil kalau nak dapat RM1000 sebulan cuma kena usaha dan jangan putus asa. "Usaha Tangga Kejayaan".


#5 TRAINING

Dari awal lagi admin tekankan kepakaran atau bakat terpendam atau hobi, boleh dijadikan modal utama dalam menjana pendapatan. Gunakan kepakaran anda untuk membuat kelas. Gunakan kemahiran yang ada untuk sampaikan ilmu secara terus kepada mereka yang memerlukannya.

Beberapa contoh kemahiran yang mudah untuk dijadikan kelas:-

Contoh 1:

Anda mahir dengan cara pembuatan kek, coklat atau masakan. Gunakan ilmu ini untuk adakan kelas memasak. Gunakan kemudahan yang ada dahulu contohnya gunakan rumah sebagai kelas. Sebagai permulaan ambik bayaran yang minima dan tunjukkan kebolehan anda kepada yang berminat dan mereka akan jadi agen kita untuk sampaikan kepada orang lain.

Contoh 2:

Anda mahir dalam make-up, anda boleh adakan kelas make-up, buat secara bersiri beginner, intermidiate, expert. Gunakan premis sendiri dulu, boleh buat kat mana-mana tempat. Kenakan bayaran yang minima dulu, gunakan kelas-kelas yang diadakan sebagai testimoni dan interview pelajar yang hadir dan jadikan testimoni dan postkan dalam facebook. Bila oarang dah baca dan berkeyakinan dalam kelas kita, orang akan datang ke kelas kita untuk belajar.

Contoh 3:

Anda pandai mengaji? Guna photoshop? After Effect? Pandai kemahiran berbahasa mandarin, english, jepun?Gunakan ia sebagai modal untuk wujudkan training/kelas kepada orang ramai. Buatlah home tuisyen, ambik 5-10 orang seminggu.

Kesimpulan:

Susah ke nak buat?....hihihi..kita kena ada semangat dan tekad untuk berubah. cehhh. Admin pun sekarang tengah usaha untuk menghasilkan jualan secara online. Kalau kena dengan caranya InsyaAllah, kita akan berjaya. Perkara yang paling penting perlu ingat semua rezeki datang dari Allah, selalulah mintak dengaNya, dan Dia Maha Pemberi rezeki.



Kredit: Sifufbads

Bagaimana Membuat Pendaftaran Perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

              Baru-baru ni kerajaan telah mewajibkan semua peniaga online untuk mendaftarkan perniagaan mereka.. Tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun akan dikenakan jika didapati perniagaan yang dijalankan tidak didaftarkan. Macam peguam pulak hihi.

Tindakan kerajaan bagi mewajibkan pendaftaran lesen perniagaan, bagi admin adalah satu tindakan yang perlu di buat oleh semua peniaga online. Memandangkan banyak kes penipuan yang berlaku terhadap perniagaan online ini.

Admin pun sebenarnya baru je menjalankan perniagaan online ni.. Boleh lawati www.hanakufi.com atau fb: hanakufi. Hihihi.. Bagi menyahut seruan kerajaan dan mendapatkan kepercayaan pelanggan admin telah membuat pendaftaran ssm.. Melalui entry ini admin nak share cara pendaftaran ssm secara hadir ke kaunter ssm.

Cara mendaftar perniagaan

  1. Dapatkan borang secara online melalui web SSM, klik disini untuk borang A dan Panduan mengisi borang. Korang isi la mana yang tahu supaya bila ke pejabat SSM semua urusan pengisian telah siap dan memudahkan kehidupan kita hahaha. 
  2. Pendaftaran menggunakan dua borang, Pertama  Borang A pendaftaran perniagaan dan kedua Borang PNA.42, untuk pendaftaran nama perniagaan jika tidak menggunakan nama sendiri dalam pendaftaran tersebut.. Terdapat  perbezaan dari segi yuran pendaftaran sama ada menggunakan nama sendiri atau nama rekaan. Klik di sini untuk Borang PNA.42 dan  klik di sini panduan mengisi borang
  3. Untuk nama rekaan, perlulah nyatakan maksud nama tersebut. Contoh admin daftar nama Hana Design Resources. Admin perlu nyatakan maksud hana tersebut.. Haha.. Nama tersebut adalah gabungan nama kami suami isteri dan nama anak pertama kami. Dan di akhir nama boleh diletakkan resouces, trading atau enterprise.. Jika x nak letak pun xpe. 
  4. Pastikan sekeping salinan kad pengenalan untuk pendaftaran tersebut, jika milikan tunggal. Kita boleh hadir dimana2 kaunter SSM untuk mendaftar perniagaan. 
  5. Yuran pendaftaran setahun sebanyak rm70.60 ( RM60 daftar nama perniagaan+RM10 daftar perniagaan+ RM0.60 GST). Jika menggunakan nama sendiri yuran RM30 sahaja. 
  6. Pendaftaran memakan masa lebih kurang 45 minit. Setelah siap nama pemilik akan dipanggil dan diberikan sijil pendaftaran. 
  7. Pegawai di kaunter ada juga beritahu, pembaharuan lesen perniagaan boleh di buat secara online dengan mendaftar di kaunter khas, admin terus ke kaunter tersebut untuk mendaftar, semasa pendaftaran salinan I/C juga diperlukan. Di kaunter tersebut akan diajar cara mendaftar dan memperbaharui SSM.. Jadi tahun depan xpayah lah bersusah payah untuk ke kaunter SSM.. Admin akan buat satu entri bila perbaharui lesen SSM nanti. 
Dengan sijil tersebut maka sahlah perniagaan yang dijalankan, mohon semua doakan perniagaan admin berjaya.

P/s: Menyahut seruan menteri buat dua kerja hahaha

Sokongan Multi-Account Pada Instagram Diperkenalkan dan Cara Menambah Akaun


Yahoo..........Akhirnya Instagram telah mewujudkan multi-account pada aplikasi Instagram di IOS dan Android. Jadi selepas ini tak perlulah untuk kita log out dan log in untuk masuk kepada akaun yang lain. Mungkin diantara pembaca mempunyai bayak akaun instgram, Yela..satu untuk personal dan satu untuk bisnes. Bak kata Mat Lan buat dua kerja hihi.

Kepada pengguna yang memiliki lebih dari satu akaun Instagram, bermula pada minggu ini dengan pengemaskinian Instagram versi 7.15, kita boleh menambah akaun pada aplikasi instagram sehingga 5 akaun. Kepada yang dah mengemaskini aplikasi kepada versi 7.15 dan masih belum boleh melihat butang untuk tambah akaun...Di mohon bersabar sebab admin pun belum dapat tambah akaun lagi. hihihi. Apa yang pihak Instagram maklumkan, naik taraf ini berlaku pada minggu ini. So sabarlah semua ye..... Sebelum tu baca dulu cara untuk tambah akaun seperti di bawah ini.

Cara Menambah Akaun Instagram.

Cara untuk menambah Akaun Instagram:
  1. Pergi ke butang profile .
  2. Scroll down ke bawah dan tap Add Acoount
  3. Masukkan Username dan Password akaun yang anda ingin tambah.

Cara untuk menukar akaun instagram yang telah ditambah:
  1. Pergi kepada Profile anda
  2. Tap Username anda pada sebelah atas skrin aplikasi instagram
  3. Tap pada akaun yang anda nak tukarkan.

Nota: Anda boleh tambah sehingga 5 akaun.